Rabu, 3 Ogos 2011

Orang Gagah Mampu Mengawal Marah

Apakah perasaan anda apabila dimarahi? sekiranya dimarahi oleh rakan, apakah tindakan anda?
apa pula yang tersemat di lubuk hati sekiranya dimarahi seseorang yg tdk mmpu dlawan sprti majikan, suami, ibu bpa atau org yg lbih tua drpd kta?n sdah pasti ada sesuatu sdg b'gelora jauh dlm hati kan? ketika anda pula mrah, adik-adik atau orang terdekat dan sebagainya menjadi mangsa, apa sebenarnya tersemat d lubuk hati ktka tu?

Imam al-Bukhari m'rwayatkan bhwa Abu Hurairah mcritakan ksah seorg llaki yg mmnta nshat drpd Rasulullah s.a.w., Baginda mjwb: "Jangan mrah." Lelaki tersebut mengulangi soalannya. Rasulullah s.a.w. menjawab "Jangan marah." Soalan itu diulang lagi beberapa kali, namun baginda tetap mengulangi jawapan yg sama.

Dalam riwayat Imam al-Tirmizi, lelaki itu berkata: "Ya Rasulullah, berilah nasihat kepadaku dan jangan pula terlalu banyak, moga aku senang memahaminya.'' Lantas baginda s.a.w. menjawab "Jangan Marah."

Menurut Sheikh Sa'id Hawa dalam kitab al-Mustakhlas fi Tazkiyyah al-Anfus, tiada manusia boleh terlepas daripada marah. Rasulullah s.a.w. sendiri juga pernah marah, bahkan Allah juga turut murka dalam situasi tertentu. Oleh sebab itu, kita esti memahami bahawa ada marah yang dizinkan oleh Islam dan ada juga marah yang dilarang.

marah semata-mata kerana nafsu yang mendorong kepada tindakan2 yang dilarang oleh syarak seperti memaki hamun, mencedarakan, menyakiti, khianat dan seagainya adalah marah yang dicela oleh agama.. Ia sudah pasti membawa kesan buruk yang berpanjangan. Adapun perasaan marah yang timbul apabila elihat gama diperlekeh, aqidah dipermainkan, syariat diejek serta ajaran2 Rasulullah s.a.w. dihina, maka marah itu tanda kekuatan iman dan sangat dipuji dalam agama.

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda salam sepotong hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim yang bermaksud : 'Tidaklah seorang itu dikira kuat dan gagah apabila ia menang bergusti,tetapi seseorang dianggap bnar2 kuat dan ggah apabila ia mampu mengawal dirinya ketika marah." Jadi, kita perlulah berusaha untuk menadi kuat dengan melawan dan mengawal perasaan marah apabila ia menjelma.

Sheikh Ibn Uthaimin menyebut dalam Syarh Riyad al-Salihin dengam membuat kesimpulan daripada beberapa buah hadis yang berkaitan dengan marah di mana beliau menyatakan bahawa apabila seseorang itu marah, maka ia hendaklah menyebut : 
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

dan kemudiannya segera berwuduk. sekiranya sedang berdiri, maka hendaklah dia duduk dan sekiranya sedang duduk,dia hendaklah berbaring. sekiranya dibimbangi masih tidak dapat mengawalnya,maka dia perlu beredar dari tempat atau orang yang dimarahinya itu. 

Dalam kitab Fath al-Bari pula al-Hafiz Ibn Hajar menukilkan pandangan Imam al-Tufi yang menyatakan bahawa cara yg paling berkesan untuk mengawal perasaan marah hendaklah dengan menghadirkan tauhid yang hakiki dalam hati bahawa setiap perkara yang berlaku itu adalah ketentuan Allah s.w.t. dan setiap orang yang melakukan sesuatu adalah pelaksana terhadap ketentuan tersebut....


sumber :  Majalah SOLUSI  isu 28
karya : Uztaz Syed Norhisyam

p/s : aku suka baca ne..sebab aku ne pun pemarah gak kadang2..so aku copy laa..sja untuk peringatan kepada diri sendiri....hehehehe :p

Tiada ulasan:

Catat Ulasan