Selasa, 31 Januari 2012

KAHWIN CARA MELAYU ATAU KAHWIN CARA ISLAM?






Apa yang ingin dikongsikan adalah sebuah artikel yang menarik tentang perkahwinan muda mudi. 

Ini adalah kisah seorang gadis yang berfikir di luar konteks minda masyarakat Melayu sekarang. SYABAS buat gadis tersebut dan suaminya!!!

Ia menceritakan bagaimana seorang pelajar perempuan tahun akhir di sebuah universiti yang hampir membunuh diri kerana tertekan setelah ditinggalkan kekasihnya. 

Kemudian beliau mengubah kehidupannya serta-merta menjadikan beliau gadis yang paling bahagia di bumi Allah ini dengan perkahwinan di usia awal.

Mungkin berguna sebagai motivasi diri di kala sunyi dan dibuat sebagai IBRAH bersama.

BACALAH!

**********************************************
Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar. 

Jadi, mengapa berkahwin? 

Kalau ikut kata mak ayah, “Nak bagi bini makan apa? Pasir?” 

Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami ‘declare’, untuk bersedia untuk berkahwin. 

Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain. 

Kecewa…? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri. 

Saya mengalami tekanan hidup sehingga tidak berhubung dengan dunia luar.

Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang. 

Pada mulanya, saya ingat sekadar ‘cinta rebound’, tetapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin. 

Pada mulanya, saya ingat satu gurauan.

Akhirnya si dia berani menghubungi ayah saya dan minta izin untuk berkahwin kerana takut kehilangan saya lagi. 

Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar; ketika beliau tahun 1 peringkat ijazah.

Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian.

Ayah saya bersetuju memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. 

Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM 200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.

Simple bukan? Kenapa perlu pening?

Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda.

Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?

Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K. 

Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu; bukan cara Islam.

Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki? 

Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.

Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba serbi. 

Hantaran, majlis, belum baju, pelamin. 

Tapi cuba fikir, perlu tidak? 

Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru.

Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada? 

Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan. 

Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang. 

Bagaimana pula hukumnya mempamerkan diri (bab aurat dan sebagainya) di hadapan khalayak ramai tatkala bersanding? 

Fikir2kan lah sendiri...

“Seganlah. Nanti orang kata apa.”

“Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran.”

Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah.

Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama. 

Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah. 

Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500. 

Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.

Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar? 

Harga lampin pakai buang? 

Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting? 

Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah. 

Pening!! 

Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.

Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram. 

Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dahulu. 

Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal. 

Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri. 

Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.

Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda. 

Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. 

Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. 

Buat apa menyusahkan suami? 

Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya), untuk mendapat keputusan yang cemerlang. 

Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.

Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima.

Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda. 

Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda. 

Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.

Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. 

Berkahwinlah! 

Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.

“Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptkan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu BERSENANG HATI dan hidup MESRA dengannya, dan dijadikan di antara kamu (suami isteri) perasaan KASIH SAYANG dan BELAS KASIHAN.” (Surah Ar-Rum, 21)

***************************************************************************

Betul tak apa yang dia kata tu? 

Perkahwinan hanya sekali sahaja sedangkan kehidupan selepas perkahwinan itu sehingga akhir hayat. 

Cuba fikir mana lagi penting?

Jumaat, 20 Januari 2012

kasih sayang perempuan~



Assalamualaikum dan selamat sejahtera rakan-rakan sekalian?
apa kes aku ne cita sal kasih sayang segala pulak..... jiwang laa tuh.....
bukan jiwang... cuma hendak berkongsi sedikit pendapat laaa... sebab tiap hari aku tengok cam tu cam ne.. macam boleh laa kumpul pengalaman sikit.....
yang ne hanya pendapat semata-mata eh...plus berdasarkan pemerhatian mata aku laaa...

ceritanya begini :~

1. Perempuan ne penyayang taw.... kalau seorang perempuan ne kata yang dia dah sayang.. confirm dia sayang punya laaa.... x tipu... kalau aku laa...kalau aku x sayang orang tuu... camana aku maw cakap aku sayang dia? x kuasa aku.. geli geleman segala badan.... tp kalau aku dah kata "hey! aku sayang kau la" (atau yg sama waktu dengannya) haaaa... untung aa kau kena sayang oleh aku.. hahaha.. merepek..

2. Bila dah sayang.. kita memang akan kisah tentang orang tuu.. dia sakit ka.. dia ada masalah ka... memang kita risau gak.. kita rasa mau bantu... kalau boleh x mau laa dia susah... selagi mampu kita akan tolong... x kisah aaa sayang kepada mama ka..papa ka.. adik beradik ka...family ka.. or kawan ka....kekasih ka.. terpulang kat individu masing-masing

3. Macam tu jugak kalau kita sayang kat Allah.. mesti kita selalu ingat Allah kan?  bila kita sayang dengan Allah mesti kita akan ikut segala suruhanNya kan? kita rasa bersalah kalau kita tinggalkan segala suruhanNya..

4. Selepas itu pulak... bila kita sayang orang tuu.. n orang tu pulak kecewakan kita... bukan sekali... berkali-kali pulak tuh.... sakit beb! sakit sangat... tapi x guna menangis uwek2 laaa.... 

5. Bila dah berulang kali dikecewakan..... dah sakit hati.... jangan heran la kalau dia akan buat orang lain kecewa gak... n jangan heran kalau dia layan banyak lelaki... aku dah biasa tengok cam tu.. tapi bukan aku eh.. hehehe

aku rasa sampai sini ja laa perkara merepek yang aku hendak kongsi-kongsi dengan korang....ngeeee~



p/s :: kalau lelaki aku x taw pulak..hehehe.... :p

Rabu, 18 Januari 2012

adik-adik sedaraku :)

..Arif-Izzah-Syaza..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera rakan-rakan sekalian..n selamat petang gak laa....
alhamdulillah hari ne adalah hari ke 19 aku ada kat sini... sini mana? kat sini laa rumah aunty aku.. kat Kelana Jaya...... gambar siapa kat atas tuu? haaa..tu laa my adik-adik sedara.. :)

Aku kat sini ne... ya laa.. cuti-cuti sambil tuu jaga budak-budak laaa kat rumah.....
dah aunty aku n husband dya kerja sebagai polis.... so kami pun jaga laa anak-anak aunty aku tuuh..

sekarang ne budak-budak tu semua dah tidur..... saja suruh diorang tidur...
so ada laa masa aku untuk bersendiri tanpa gangguan... ngeeeee~ :p

diorang ne boleh tahan gak nakal taw.. tapi biasalah nakal budak-budak... manja pulak tuu...
kekadang tu geram gak taw dengan perangai cumil diorang ne.....
hehehehe... asyik gaduh ja... sehari x sah kalau x gaduh.. tapi diorang ne rapat taw adik- beradik...

sorang nama dya IZZAH umur 6 tahun...tahun ne dya sekolah kat Qdees...
adik dya pulak nama SYAZA umur 4 tahun kalau x silap..hehehe.. x ingat aaaa...
n adik yang last beza setahun dengan SYAZA ne...nama dya ARIF umur 3 tahun.. :)

haaaa..kat bawah ne gambar mereka-mereka ne laah....
selamat melihat... ^____^


ne pulak adik Syaza...cumil kan? :)


haaa..yg ne adik Syaza n kak Izzah... :)

p/s :: dah baca jan lupa tolong KLIK SINI taw..terima kasih :)



Isnin, 16 Januari 2012

its all about him-him-him-him-him~



Assalamualaikum dan selamat sejahtera rakan-rakan sekalian....
sekarang ne kalau ikut jam lappy ne dah 2:24 a.m.
uik.. x tidur lagi kau Yana.. semenjak kau duk kL ne tiap hari ko tidor lewat eh...


its all about him-him-him-him-him~
demikianlah tajuk entry aku kali ne.... x abis2 pasal lelaki aku ne kan?
PERGH! buang masa ko laa Yana... x payah pikir laa pasal diorang tuuu...

bukan aku yg maw pikir pasal lelaki2 sekalian ne....
tapi otak aku ne... asyik ingat dya jaa... macam mana? sekarang ne aku dalam percubaan hendak melupakan dya untuk sementara waktu.... sampai bila dya suh aku tunggu? dya habis study lama lagi... aku pun baru lepas SPM.... tengah tunggu keputusan.. sambung study nanti agak2 5 tahun kot.....insyaAllah.. kalau rajin mungkin lagi lama lah.... fulamak..... lama tu beb... tahan ka kau tunggu dya?


p/s :: jangan tunggu lama-lama..nanti lama-lama..dya diambil orang..kan? kan? kan? :)




Rabu, 11 Januari 2012

musim sakit ka?


Assalamualaikum dan selamat sejahtera rakan-rakan sekalian...
anda semua apa khabar? sihat x? kalau sihat alhamdulillah.... 
sekarang kan musim x sihat.. agaknya laaa.. sebab minggu lepas anak aunty aku yg pertama tu demam..... minggu ne pulak adik dia yg last tu demam... tadi pulak p lagi klinik  bawa kakak dya pulak..

haaaaa...yang aku ne dah beberapa hari x sihat.. x pulak p klinik.. kalau p pun setakat bawa budak-budak tuu p klinik.. apa maw jadi la dengan aku ne.... macam mana maw sihat kalau macam ne?



i miss orang-orang sabah..... rindu sangat ne....
dah laa..berhenti merepek...



p/s :: dah baca..ringan-ringankan lah tangan KLIK INI ok? dah tuu... PICIT SINI gak..n last sekali TEKAN INI...tQ yerrr :D

Selasa, 10 Januari 2012

Citer kat negeri orang :)



Assalamualaikum dan selamat sejahtera kawan-kawan sekalian.....
hari ne ntah hari ke berapa aku kat negeri orang ne..... menghitung hari gituuu....
bukan apa... rindu kat sabah tuu confirm laa... rindu my mom..
tp macam stil x puas lagi laa kat sini... heheheh..
sihat taw aku kat sini.. makan cukup..... asyik makan ja... diet pun susah taw.. sekarang ne aku rasa x sihat pasal dah terlebih makan kot... telampau makan sangat x berhenti.... jarang sangat aku lapar kat sini... 


setakat ne.... x banyak tempat g aku jalan..... cuma 1st day sampai lepas dari airport... abang sedara ambik.. then makan jap kat Restoran Fendi Ikan Bakar... dah makan2 balik rumah jap.. aunty tinggal kat Kelana Jaya.. rumah polis....  Pas tuu terus p  1Utama.... banyak taw kedai yang memikat hati....tapi duit x banyak.... so x da la shopping sangat.... 

kat OU tu kan... kami tengok wayang taw... wayang tu tajuk dya HELL GATE..gila apa cita dya... sesat lagi meyesatkan taw x? pas tu ada laa kes sikit masa masuk tu...seat kami ada orang duduk..dya kata dya beli on9 tp x da tiket... tipulaa...last2 diorg mengalah... tu la kata orang.. BERANI KERANA BENAR TAKUT KERANA SALAH.. kami betul so kami x takut....

dah tu malam pulak kami makan durian kat SS2.... kami ambik buffet punya.. mak aii.. gila la weh... x sanggup aa abiskan.. mabuk kang.. 



then tengok bunga api kat umah ja laa.. nampak gak.. haaa.. kebetulan kami sampai tu tym NEW YEAR 2012.. tu la ada bunga api...





p/s :: dah baca? KLIK SINI.... then PICIT SINI gak yee... tQ :)

Rabu, 4 Januari 2012

Negeri Orang


Assalamualaikum dan selamat sejahtera rakan2 blogger sekalian...
apa khabar korang semua?alhamdulillah sihat kan? ana x berapa sihat laa kat sini... HOMESICK kot..
masuk malam ne..dah lima hari ana kat sini..sini mana?kat kelana jaya laa..umah aunty...
buat apa kat sini? x da laa..saja..bercuti sebelum result spm keluar kan..

macam mana keadaan kat sini?
hmmm..ok laa juga....jaga budak-budak..asyik makan tiap hari taw..
x lama balik sabah gemuk laa....
itu saja yang hendak dikongsikan hari ne :)