Rabu, 16 Mei 2012

Ahad, 13 Mei 2012

Contest Saya Nak Header By Cik Fie !


Assalamualaikum dan selamat sejahtera rakan-rakan sekalian..
join contest lagi :)


so..sesiapa yg berminat untuk join...boleh klik kat banner tu atau KLIK SINI
untuk mendpatkan maklumat lanjut ok :)

Jumaat, 11 Mei 2012

TOPUP GIVEAWAY BY NOOR FATIN


Assalamualaikum dan selamat sejahtera rakan-rakan sekalian...
Yana join GA lagi...
heheh..bukan selalu kan? :p
ok2..siapa2 yg mau join tu...boleh KLIK kat banner bawah ne utk maklumat lebih lanjut ok? :)


giveaway ne akan dijalankan selama sebulan. 7/5/2012-7/6/2012. :)

'AWESOME Give Away by Raqibah Najwa'

Assalamualaikum dan selamat sejahtera rakan-rakan sekalian..
hari ne...jalan2 kat blog orang...ada laa ternmpak GA ne..
cam best ja...so Yana pun join laaa..
sempat lagi contest-montest dalam ke'busy'an mau masuk matrix ne kn...
heheheh..ok2...kepada siapa2 yg b'minat jugak untuk join contest ne....
boleh lah klik gambar flat shoes kat bawah ne untuk mendapatkan maklumat yg lebih lanjut okeh? :)



p/s :: GA ne akan tamat pada 25/05/2012...

Indahnya Islam :)


Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis tersebut. Lalu Baginda bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat?” Jawab mereka,“Tidak”.

Sabda Baginda, “Seeloknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat kaum orang lelaki.”

2. Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

3. Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya.

4. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah ( Kaabah).

5. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”

6. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”

7. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat.”

8. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatit baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”

9. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.”

10. Sabda Nabi s.a.w. : “Ya Fatimah setiap wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shiratul Mustaqim.”

11. Jika suami mengajarkan atau menerangkan kepada isterinya satu masalah agama atau dunia dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

12. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggu kedatangan suaminya dengan menunggang kuda yang diperbuat daripada permata yakut.

13. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

14. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

15. “Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggembirakan kamu, jika engkau memerintahnya ia mentaati perintah tersebut dan jika engkau bermusafir dia menjaga harta engkau dan dirinya.”
Maksud hadis: Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.


p/s : Ya Allah...Adakah kami terdiri daripada wanita seperti ini?

# COPY

Selasa, 8 Mei 2012

UIAM or MATRIKULASI


Assalamualaikum dan selamat sejahtera rakan-rakan sekalian....
musim UPU dah tiba bagi lepasan SPM 2011 kan?
waaahh...semua pun sibuk sal UPU...
bagi yg dapat tu..Alhamdulillah...
bagi yang x dapat tu..La tahzan..Allah tahu mana tempat yang terbaik untuk hambaNya :)


so....aku pulak.....Alhamdulillah....rezeki aku..
ada gak la dapat beberapa tawaran...
1. Foundation in Manegement [UNIVERSITI SELANGOR]
2. Diploma in Maritime Transportation Management [ NETHERLANDS MARITIME INSTITUTE OF TECHNOLOGY]
3. Perakaunan [MATRIKULASI LABUAN]
4. Asasi Seni Bina dan Reka Bentuk Alam Sekitar [UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA]
5.ada laa beberapa kolej.....


ada yang cakap...bestnya ko dapat banyak tawaran...
alhamdulillah tu rezeki masing-masing...
dapat tawarn susah..x dapat tawaran pun susah...
ingat dapat tawaran banyak sangat ne best ka?
pening tau mau decide mana yg the best...
mestilah kita mau pilih yg terbaik kan?
so.... dah tanya pendapat beberapa orang termasuk la cikgu...
Alhamdulillah...aku dah dah dapat buat pilihan dengan memilih Matrikulasi Labuan...
n 21 Mei ne dah start mendaftar..get ready Yana :)
semoga aku dapat buat yang terbaik kat sana nanti...
kat mana kita dapat..bersyukurlah :)

so kawan-kawan....doakan Yana jadi pelajar cemerlang n dipermudahkan segala urusan k?
Amin~

Contohilah Imam Al-Ghazali..gigihnya dia menuntut ilmu..Ilmu perlu dicari, tidak kisahlah di mana kita study :)

Jumaat, 27 April 2012

Kejayaan itu milik sesiapa sahaja :)


Assalamualaikum dan selamat sejahtera rakan-rakan sekalian...
selepas terima keputusan SPM..biasalah.. akan ada pulak MAJLIS ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG bagi pelajar-pelajar yang mendapatkan keputusan cemerlang kan?
Alhamdulillah.. Allah izinkan diri ini untuk naik ke pentas menerima anugerah ini... cemerlang ka result Yana? Alhamdulillah :)
setakat mana usaha Yana study dulu... itu lah yang Yana perolehi... 

soOooOo... tengok gambar ja laa... malas cerita panjang-panjang... Ngeeee~ XD

its me terima anugerah :D

 with all pelajar cemerlang SPM,SKM n STPM 2011 :D
 
with my beloved Mama n Papa ♥ ♥ ♥ :D

 with my Bebeh-bebeh :D

 again with my Girls :D

 with bunga Rose :D

mengada sangat tayang baju..Ngeee~ :p

ok....dats all gambar-gambar yang ingin ditayangkan..hehehehe :p
semoga kita sentiasa menjadi insan yang berjaya dunia akhirat...
AMIN~
 jika kita berusaha dengan bersungguh-sungguh insyaAllah kita akan berjaya....
tidak lupa juga keberkatan itu perlu ada....
1.USAHA
2.BERDOA
3.TAWAKKAL
Dengan izin Allah..kejayaan itu akan menadi milik kita :D

Selasa, 17 April 2012

FreeShawls GIVEAWAY by missmyd



Assalamualaikum dan selamat sejahtera....
hari ne Yana tetiba rajin buat kerja part-time yang dh long time ago x buat iaitu blogwalking...
sambil jalan-jalan tu..tetiba nampak blog sorang sahabat yang join GIVEAWAY ne...
so....apa lagi....join laaa kan..hehehe...
ok2..siapa-siapa yang rasa-rsa hendak join...boleh lah click banner ne eh :)



Rakan-rakan yang menjadi mangsa untuk diTAG ialah :

Cik Nazria
Cik Anis
CikAiean

ok done...itu sahaja :)

Khamis, 12 April 2012

Contest "Cantik Bertudung" by Farina Hunny




Assalamualaikum dan selamat sejahtera rakan-rakan sekalian....
malam ini tiba-tiba pulak rasa rajin hendak ikut contest2 ni...
ok2...sesiapa yang hendak join jugak contest ni....
bolehlah tengok2 eh...
but..b4 join this contest korang kena follow blog FARINA HUNNY ok?





SYARAT-SYARAT PENYERTAAN :

1. Digalakkan FOLLOW blog Farina .

2. Buat entry Contest "Cantik Bertudung" by Farina Hunny

3. Copy banner + FULL ENTRY( bermula dari SYARAT sampai BEST BY ye ) , then paste kat entry korang tuh .

4. Sertakan  gambar ( LENGKAP BERTUDUNG ) yang korang nak pertaruhkan . MAKSIMUM 3 sahaja :)

5. Gambar yang dipertaruhkan menjadi hak farinahunny.blogspot.com sepenuhnya

5. tag 3 orang kawan , pastikan dorang tau .

6. Link entry korang kat ruangan komen ( KALAU PRIVACY BLOG  , takleh buka , AUTOMATIK  batal )

HADIAH-HADIAH :

FIRST PRIZE 
❤ sehelai tudung / selendang 
❤ sebuah buku 
❤ seutas tasbih
❤ brooch
❤ ::: FREE sulam manik kat baju kurung :::

SECOND PRIZE
 ❤ sehelai tudung / selendang
❤ sebuah buku
❤ seutas tasbih
❤ brooch

THIRD PRIZE

❤ sehelai tudung / selendang
❤ sebuah buku
❤ brooch

NOTES 
: contest ini diadakan utk sejukkan mata tengok muslimah bertudung :')
: contest ini dibatalkan serta merta jika kurang daripada 20 peserta / Farina meninggal dunia sebelum contest ini ditutup :')
: hadiah simple saje la keyh  :') di"taja" sepenuhnya oleh Farina
: untuk hadiah pertama yg jahitan manik tu , agak leceh la ek :') sspe yg menang tu kne pos baju     korang utk dijahit *100% hasil tangan Farina* . kalau hantar tempah mahal ouh , ni kasi free je taw :')

BEST BY : 30/04/2012 
-atau maybe dipanjangkan-

---------------------------------------------------------------------------------------------
so...gambar yang dipertaruhkan ialah........






saya pertaruhkan 3 gambar ni dan di tag kepada sahabat2ku ::
1. Dg Siti Nazria bt Ag Jaya
2. Nurul Syafira bt Nuri
3. Nurjana Muhammad

sekian, terima kasih :)

Selasa, 10 April 2012

berharga ka stem tu?



Assalamualaikum dan selamat sejahtera blogger-blogger sekalian....
Yana ne malas-malas dah update blog kan? MALAS sangat mood RAJIN tu datang..tp mood MALAS tu RAJIN pulak datang.. hah..dah mula la intro yang  merepek merapu kerepek kerapu tuu.. paham x paham hentam saja laaa..hehe

hari ne.. Yana rajin update blog...sebab.... hari ne Yana mengulang kembali hobi yang telah lama ditinggalkan...
errr? mengulang kembali? errmm..dalam kata lain buat balik laa hobi tuu...
hobi time sekolah rendah dulu..waktu sekolah menengah malas pulak buat hobi tuu.. haaaa..sekarang dah habis sekolah baru terfikir hendak buat balik hobi tuu.. cam best jerrrr...

hahhhh...ne diaaaqqq hobi yang lama dah x buat ne....
tetiba datang rajin hendak buat balik hobi ne..hehehe..




haaaa..cukup laa 1 gambar ja dulu..malas aaa ambik banyak-banyak gambar..
Yana dah ada 2 buku stem.tapi yang 1 entah ke mana..hehhe
kenapa Yana suka kumpul stem? berharga ka stem tu?
jawapannya..entahlaa..dah hobi...x berharga kot...tapi suka kan..hehe
ok..dats all for today...
good night :D

Jumaat, 30 Mac 2012

why?? why?? n whyy?


Assalamualaikum dan selamat sejahtera bloggers, bloggies, blog, black blurp blurrpp..
huh..merepek betul pendahuluan aku....ngeh3..
straight to the point la kan....

aku banyak persoalan di minda ne..
bak kata Najwa Latiff "banyak persoalan yang berada di minda..banyak tanda tanya dan juga kata kerja"
sehhh...sempat lagi berlagu-lagu..

persoalan aku.....
aku masih ada perasaan kat dia ka?
apa perasaan aku kat dia ne?
aku masih sayang dia ka or just tinggal perasaan suka?
kenapa aku tak rasa macam selalu bila jumpa dia tadi?
kenapa sebelum jumpa dia aku rasa rindu tapi bila dah jumpa aku x rasa apa-apa?
kenapa aku ingat dia?
kenapa? kenapa? dan kenapa?dan kenapa lagi?

banyak sangat persoalan ne...tapi aku x jumpa jawapan yang tepat pun bagi setiap persoalan tu....


Khamis, 15 Mac 2012

tRip to Penang :)


Assalamualaikum dan selamat sejahtera rakan-rakan blogger sekalian...
agak-agak dah 3 bulan SPM 2011 habis kan?
dan selepas habis SPM Yana bertolak ke KL sampai la hari ini masih berada di sini..
Ouuuwwpss.. hari ne Yana bukan berada d KL....
Selama Yana berada di Semenanjung ne...baru kali ne Yana rasa macam pergi bercuti a.k.a melancong a.k.a jalan-jalan cam tu la...

pasall???
sebab tadi pagi kurang lebih jam 11 pagi cam tu lah..Yana n aunty sekeluarga n kazen bertolak ke Penang dengan menaiki kereta alphard...
Perjalanan yang lama dan panjang dan ditambah pula dengan suara budak-budak yang asyik gaduh ja sangatlah memeningkan kepala hotakku ini...

Sampai ja kat Penang..kami pun menuju ke destinasi yang ingin dituju... iaitu Hard Rock Hotel....

kat sini...Yana ada beli baju Hard Rock Penang gak taw...
ehh..bukan Yana yang beli.. Yana dibelikan oleh pakcik Nahar..
macam biasalah...Yana pilih warna merah...my feveret colour..MmmMmm..i Loike! :)



Rabu, 14 Mac 2012

Temanku..Kawanku..Sahabatku~




Assalamualaikum dan selamat sejahtera bloggers dan readers sekalian...
alhamdulillah hari ne Yana masih diberi kesempatan untuk bernafas.. dan masih boleh mengarang merapu merepek kat blog ini....

entri kali ne Yana maw story mory pasal kawan-kawan Yana....
kawan-kawan kat SMK (P) Likas..\kami bersama since januari 2007 [form 1] sampailah januari 2010 [form 4]
pas tuu...Februari 2010 Yana pindah kat SM Teknik Likas sampai lah tahun 2011...
now Yana dah 18 tahun tenga tunggu result SPM yang bakal keluar beberapa hari ja lagi...

cerita pasal kawan-kawan kat SMP ne...dah lama x jumpa diorang...paling-paling pun dapat contact melalui fb ja... kalau jumpa pun dah x rapat macam dulu lagi.... mungkin pasal dah lama x jumpa kot....

tapi..Yana masih sayang korang macam dulu taw... biar pun kat kelas tu kadang-kadang ada "Perperangan"
well..biasalah tu.... kat mana-mana pun ada "Peperangan" kan.... selisih paham sikit-sikit.... ngeh3....
semua tu menjadi kenangan dalam persahabatan kita... 











p/s :: Ekseli Yana malu bah mau cerita benda macam ne..heheeh...tapi...heheheheh..blushing dah ne =p

Ahad, 11 Mac 2012

borosss lagi????



Assalamualaikum w.b.t. dan selamat sejahtera rakan-rakan blogger sekalian....
dah lama Yana x update blog kan?
ngeh3...bukan apa.....almaklumlaaaa...selama di negeri orang ne....pakai laptop orang jaa...
jadi selera maw mengUpdate blog tu pun bekurang..hehehe...

hari ne Yana maw citer-citerrr saja merapu merepek....
Today... kami p laa tengok citer...cute citerrr dya.....hehehehe...gelak sakan kami dalam panggung....




CINTA KURA-KURA...
rasa jatuh cinta pulak tengok citeerrr tuuu..hahaha..mengadenyee
hahahaha..tambah-tambah lagi tengok pelakon dya....so cuteeee....hah..gataii laa tuu..
hehehe...pantang ne....

masalah aku ne sebenarnya  kan.....
asal jalan ja mesti ada laa sejibik dua jibik barang aku rembat kat Mall tuuu..
heeyyyy...boroihh tul aaaa....sebulan ja dah berapa ratus terbang duit aku ne....
memang boros aa ko yana....

tapi x pa aa..kebanyakan aku beli untuk family aku gak..... tuh pun da buat aku rasa bahagia + happy :)

Jumaat, 24 Februari 2012

Ana Love You Mama :)


Assalamualaikum dan selamat sejahtera para pembaca sekalian...
dah lama Ana x muncul buat entri kan?
hmmmm.....kebelakangan ne terasa malas pulak maw tulis something kat sini...

hari ne dah masuk 56 hari Ana kat negeri orang...bermakna Ana ada lagi 24 hari untuk balik ke Sabah...
Sejujurnya Ana rindukan orang-orang kat Sabah sangat-sangat...
terutamanya My Lovely Mama....Sebelum ne langsung x pernah pisah dengan mama lama macam ne..
Ma....I Miss You so much...da lama x jalan-jalan dengan mama...
Ana x sabar mau balik..... tiap kali mama call cakap boring and x da kawan jalan... tiap tu jugak Ana rasa sedih tau... Ana pun mau jalan-jalan dengan mama jugak..
tunggu Ana balik k?
:D

The One Who Miss You So Much,
              Dk Nurizyana...

Selasa, 31 Januari 2012

KAHWIN CARA MELAYU ATAU KAHWIN CARA ISLAM?






Apa yang ingin dikongsikan adalah sebuah artikel yang menarik tentang perkahwinan muda mudi. 

Ini adalah kisah seorang gadis yang berfikir di luar konteks minda masyarakat Melayu sekarang. SYABAS buat gadis tersebut dan suaminya!!!

Ia menceritakan bagaimana seorang pelajar perempuan tahun akhir di sebuah universiti yang hampir membunuh diri kerana tertekan setelah ditinggalkan kekasihnya. 

Kemudian beliau mengubah kehidupannya serta-merta menjadikan beliau gadis yang paling bahagia di bumi Allah ini dengan perkahwinan di usia awal.

Mungkin berguna sebagai motivasi diri di kala sunyi dan dibuat sebagai IBRAH bersama.

BACALAH!

**********************************************
Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar. 

Jadi, mengapa berkahwin? 

Kalau ikut kata mak ayah, “Nak bagi bini makan apa? Pasir?” 

Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami ‘declare’, untuk bersedia untuk berkahwin. 

Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain. 

Kecewa…? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri. 

Saya mengalami tekanan hidup sehingga tidak berhubung dengan dunia luar.

Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang. 

Pada mulanya, saya ingat sekadar ‘cinta rebound’, tetapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin. 

Pada mulanya, saya ingat satu gurauan.

Akhirnya si dia berani menghubungi ayah saya dan minta izin untuk berkahwin kerana takut kehilangan saya lagi. 

Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar; ketika beliau tahun 1 peringkat ijazah.

Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian.

Ayah saya bersetuju memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. 

Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM 200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.

Simple bukan? Kenapa perlu pening?

Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda.

Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?

Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K. 

Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu; bukan cara Islam.

Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki? 

Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.

Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba serbi. 

Hantaran, majlis, belum baju, pelamin. 

Tapi cuba fikir, perlu tidak? 

Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru.

Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada? 

Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan. 

Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang. 

Bagaimana pula hukumnya mempamerkan diri (bab aurat dan sebagainya) di hadapan khalayak ramai tatkala bersanding? 

Fikir2kan lah sendiri...

“Seganlah. Nanti orang kata apa.”

“Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran.”

Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah.

Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama. 

Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah. 

Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500. 

Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.

Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar? 

Harga lampin pakai buang? 

Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting? 

Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah. 

Pening!! 

Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.

Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram. 

Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dahulu. 

Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal. 

Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri. 

Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.

Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda. 

Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. 

Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. 

Buat apa menyusahkan suami? 

Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya), untuk mendapat keputusan yang cemerlang. 

Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.

Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima.

Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda. 

Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda. 

Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.

Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. 

Berkahwinlah! 

Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.

“Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptkan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu BERSENANG HATI dan hidup MESRA dengannya, dan dijadikan di antara kamu (suami isteri) perasaan KASIH SAYANG dan BELAS KASIHAN.” (Surah Ar-Rum, 21)

***************************************************************************

Betul tak apa yang dia kata tu? 

Perkahwinan hanya sekali sahaja sedangkan kehidupan selepas perkahwinan itu sehingga akhir hayat. 

Cuba fikir mana lagi penting?

Jumaat, 20 Januari 2012

kasih sayang perempuan~



Assalamualaikum dan selamat sejahtera rakan-rakan sekalian?
apa kes aku ne cita sal kasih sayang segala pulak..... jiwang laa tuh.....
bukan jiwang... cuma hendak berkongsi sedikit pendapat laaa... sebab tiap hari aku tengok cam tu cam ne.. macam boleh laa kumpul pengalaman sikit.....
yang ne hanya pendapat semata-mata eh...plus berdasarkan pemerhatian mata aku laaa...

ceritanya begini :~

1. Perempuan ne penyayang taw.... kalau seorang perempuan ne kata yang dia dah sayang.. confirm dia sayang punya laaa.... x tipu... kalau aku laa...kalau aku x sayang orang tuu... camana aku maw cakap aku sayang dia? x kuasa aku.. geli geleman segala badan.... tp kalau aku dah kata "hey! aku sayang kau la" (atau yg sama waktu dengannya) haaaa... untung aa kau kena sayang oleh aku.. hahaha.. merepek..

2. Bila dah sayang.. kita memang akan kisah tentang orang tuu.. dia sakit ka.. dia ada masalah ka... memang kita risau gak.. kita rasa mau bantu... kalau boleh x mau laa dia susah... selagi mampu kita akan tolong... x kisah aaa sayang kepada mama ka..papa ka.. adik beradik ka...family ka.. or kawan ka....kekasih ka.. terpulang kat individu masing-masing

3. Macam tu jugak kalau kita sayang kat Allah.. mesti kita selalu ingat Allah kan?  bila kita sayang dengan Allah mesti kita akan ikut segala suruhanNya kan? kita rasa bersalah kalau kita tinggalkan segala suruhanNya..

4. Selepas itu pulak... bila kita sayang orang tuu.. n orang tu pulak kecewakan kita... bukan sekali... berkali-kali pulak tuh.... sakit beb! sakit sangat... tapi x guna menangis uwek2 laaa.... 

5. Bila dah berulang kali dikecewakan..... dah sakit hati.... jangan heran la kalau dia akan buat orang lain kecewa gak... n jangan heran kalau dia layan banyak lelaki... aku dah biasa tengok cam tu.. tapi bukan aku eh.. hehehe

aku rasa sampai sini ja laa perkara merepek yang aku hendak kongsi-kongsi dengan korang....ngeeee~



p/s :: kalau lelaki aku x taw pulak..hehehe.... :p

Rabu, 18 Januari 2012

adik-adik sedaraku :)

..Arif-Izzah-Syaza..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera rakan-rakan sekalian..n selamat petang gak laa....
alhamdulillah hari ne adalah hari ke 19 aku ada kat sini... sini mana? kat sini laa rumah aunty aku.. kat Kelana Jaya...... gambar siapa kat atas tuu? haaa..tu laa my adik-adik sedara.. :)

Aku kat sini ne... ya laa.. cuti-cuti sambil tuu jaga budak-budak laaa kat rumah.....
dah aunty aku n husband dya kerja sebagai polis.... so kami pun jaga laa anak-anak aunty aku tuuh..

sekarang ne budak-budak tu semua dah tidur..... saja suruh diorang tidur...
so ada laa masa aku untuk bersendiri tanpa gangguan... ngeeeee~ :p

diorang ne boleh tahan gak nakal taw.. tapi biasalah nakal budak-budak... manja pulak tuu...
kekadang tu geram gak taw dengan perangai cumil diorang ne.....
hehehehe... asyik gaduh ja... sehari x sah kalau x gaduh.. tapi diorang ne rapat taw adik- beradik...

sorang nama dya IZZAH umur 6 tahun...tahun ne dya sekolah kat Qdees...
adik dya pulak nama SYAZA umur 4 tahun kalau x silap..hehehe.. x ingat aaaa...
n adik yang last beza setahun dengan SYAZA ne...nama dya ARIF umur 3 tahun.. :)

haaaa..kat bawah ne gambar mereka-mereka ne laah....
selamat melihat... ^____^


ne pulak adik Syaza...cumil kan? :)


haaa..yg ne adik Syaza n kak Izzah... :)

p/s :: dah baca jan lupa tolong KLIK SINI taw..terima kasih :)



Isnin, 16 Januari 2012

its all about him-him-him-him-him~



Assalamualaikum dan selamat sejahtera rakan-rakan sekalian....
sekarang ne kalau ikut jam lappy ne dah 2:24 a.m.
uik.. x tidur lagi kau Yana.. semenjak kau duk kL ne tiap hari ko tidor lewat eh...


its all about him-him-him-him-him~
demikianlah tajuk entry aku kali ne.... x abis2 pasal lelaki aku ne kan?
PERGH! buang masa ko laa Yana... x payah pikir laa pasal diorang tuuu...

bukan aku yg maw pikir pasal lelaki2 sekalian ne....
tapi otak aku ne... asyik ingat dya jaa... macam mana? sekarang ne aku dalam percubaan hendak melupakan dya untuk sementara waktu.... sampai bila dya suh aku tunggu? dya habis study lama lagi... aku pun baru lepas SPM.... tengah tunggu keputusan.. sambung study nanti agak2 5 tahun kot.....insyaAllah.. kalau rajin mungkin lagi lama lah.... fulamak..... lama tu beb... tahan ka kau tunggu dya?


p/s :: jangan tunggu lama-lama..nanti lama-lama..dya diambil orang..kan? kan? kan? :)




Rabu, 11 Januari 2012

musim sakit ka?


Assalamualaikum dan selamat sejahtera rakan-rakan sekalian...
anda semua apa khabar? sihat x? kalau sihat alhamdulillah.... 
sekarang kan musim x sihat.. agaknya laaa.. sebab minggu lepas anak aunty aku yg pertama tu demam..... minggu ne pulak adik dia yg last tu demam... tadi pulak p lagi klinik  bawa kakak dya pulak..

haaaaa...yang aku ne dah beberapa hari x sihat.. x pulak p klinik.. kalau p pun setakat bawa budak-budak tuu p klinik.. apa maw jadi la dengan aku ne.... macam mana maw sihat kalau macam ne?



i miss orang-orang sabah..... rindu sangat ne....
dah laa..berhenti merepek...



p/s :: dah baca..ringan-ringankan lah tangan KLIK INI ok? dah tuu... PICIT SINI gak..n last sekali TEKAN INI...tQ yerrr :D

Selasa, 10 Januari 2012

Citer kat negeri orang :)



Assalamualaikum dan selamat sejahtera kawan-kawan sekalian.....
hari ne ntah hari ke berapa aku kat negeri orang ne..... menghitung hari gituuu....
bukan apa... rindu kat sabah tuu confirm laa... rindu my mom..
tp macam stil x puas lagi laa kat sini... heheheh..
sihat taw aku kat sini.. makan cukup..... asyik makan ja... diet pun susah taw.. sekarang ne aku rasa x sihat pasal dah terlebih makan kot... telampau makan sangat x berhenti.... jarang sangat aku lapar kat sini... 


setakat ne.... x banyak tempat g aku jalan..... cuma 1st day sampai lepas dari airport... abang sedara ambik.. then makan jap kat Restoran Fendi Ikan Bakar... dah makan2 balik rumah jap.. aunty tinggal kat Kelana Jaya.. rumah polis....  Pas tuu terus p  1Utama.... banyak taw kedai yang memikat hati....tapi duit x banyak.... so x da la shopping sangat.... 

kat OU tu kan... kami tengok wayang taw... wayang tu tajuk dya HELL GATE..gila apa cita dya... sesat lagi meyesatkan taw x? pas tu ada laa kes sikit masa masuk tu...seat kami ada orang duduk..dya kata dya beli on9 tp x da tiket... tipulaa...last2 diorg mengalah... tu la kata orang.. BERANI KERANA BENAR TAKUT KERANA SALAH.. kami betul so kami x takut....

dah tu malam pulak kami makan durian kat SS2.... kami ambik buffet punya.. mak aii.. gila la weh... x sanggup aa abiskan.. mabuk kang.. 



then tengok bunga api kat umah ja laa.. nampak gak.. haaa.. kebetulan kami sampai tu tym NEW YEAR 2012.. tu la ada bunga api...





p/s :: dah baca? KLIK SINI.... then PICIT SINI gak yee... tQ :)

Rabu, 4 Januari 2012

Negeri Orang


Assalamualaikum dan selamat sejahtera rakan2 blogger sekalian...
apa khabar korang semua?alhamdulillah sihat kan? ana x berapa sihat laa kat sini... HOMESICK kot..
masuk malam ne..dah lima hari ana kat sini..sini mana?kat kelana jaya laa..umah aunty...
buat apa kat sini? x da laa..saja..bercuti sebelum result spm keluar kan..

macam mana keadaan kat sini?
hmmm..ok laa juga....jaga budak-budak..asyik makan tiap hari taw..
x lama balik sabah gemuk laa....
itu saja yang hendak dikongsikan hari ne :)