Khamis, 11 November 2010

kata-katamu

kata-katamu menunjukkan bahawa engkau disakiti..
kata-katamu menunjukkan bahawa engkau hampir tewas..
kata-katamu menunjukkan bahawa engkau kecewa..
kata-katamu menunjukkan bahawa engkau sedang berduka..
kata-katamu menunjukkan bahawa engkau memang bodoh dalam percintaan..
kata-katamu menunjukkan kelemahanmu sendiri..
kata-katamu menunjukkan bahawa engkau terlalu sayang padanya..
kata-katamu menunjukkan bahawa engkau sanggup berkorban untuknya..
kata-katamu menunjukkan bahawa engkau dibodohkan olehnya..
kata-katamu menunjukkan bahawa engkau seperti syok sendiri..
kata-katamu menunjukkan bahawa dia seperti mengabaikanmu..
kata-katamu menunjukkan bahawa dia seperti mempergunakanmi..
kata-katamu menunjukkan seperti hanya engkau yang berhabis-habisan untuknya..
kata-katamu menunjukkan bahawa engkau sahaja yang terlalu cinta padanya...


sesungguhnya aku benar-benar masih sayang padamu...
tapi sayangku hanyalah sebagai seorang sahabat....
sebagai seorang kakak terhadap adiknya..
aku sedih melihat kau bersedih..
aku sedih melihat kau disakiti..
sesungguhnya aku tidak ingin perkara tersebut berlaku...
untuk apa kita memperbodohkan diri kita untuk cinta yang tidak pasti?
mengapa kita sering leka?
mengapa kita sering terlupa?
mengapa kita tidak sedar?
bahawa cinta yang pasti adalah cinta terhadap Allah S.W.T. yang Maha Esa dan Maha Agung..
kita masih muda..
penuhilah zaman remaja kita dengan perkara yang berfaedah..
janganlah mensia-siakan kelebihan yang Allah bagi kepada kita..
janganlah kita menggunakannya di jalan yang salah...
wajarkah kita menitiskan air mata hanya kerana kecewa dengan cinta manusia?
bukankah kita sepatutnya menitiskan air mata kerana insaf akan dosa-dosa yang telah kita lakukan?
bukankah kita sepatutnya menitiskan air mata ketika memohon sesuatu kepada Allah?
sedarlah wahai sahabat..
sedarlah wahai teman..
sedarlah wahai adikku..
sebelum engkau terlambat untuk menyedarinya..

1 ulasan:

  1. huisyy nah..knp kan kw ny?hahahahha...
    cam,bkn la namaw bca..tp cam,nty2 la..hahaha..
    pnjg gilax woo...cam jammed otak aq kjp mw bca..ahahaha...smat la ending n starting..tp tgh2 t aq bca arr..eheheee

    BalasPadam

✿ cOmment2 lah sikit ✿
✿ tQ yea :) ✿